36 research outputs found

    Teaching aqidah: Islamic studies in Malaysia

    Get PDF
    It is widely agreed that Malaysia will achieve sustainable prosperity when its citizen live together in harmony. Moreover, a good society derives from good families and good families derive from righteous individuals who transmit insight that builds good character. In Islam, the transmission of this insight is called aqidah (belief system), which continually plays an active role in the enhancement of personal accountability. This study took a qualitative approach using personal interviews to determine methods used to teach aqidah in Malaysia. Findings revealed four methods including multimedia, slide presentations, group discussions and teacher didactics

    Pendidikan akhlak dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai asas kecemerlangan pencapaian sains dan teknologi

    Get PDF
    Pendidikan akhlak menjadi tunjang dalam pendidikan Islam. Kemajuan sesebuah negara akan terarah dan dirahmati jika ia dibangunkan oleh para saintis dan ilmuan yang memiliki ilmu dan penghayatan akhlak. Kertaskerja ini cuba melihat sejauhmana sistem pendidikan di Malaysia memberi keutamaan kepada pembinaan akhlak di samping melahirkan insan yang berilmu dan berpengetahuan. Dibincangkan juga kurikulum pendidikan akhlak yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Turut dibincangkan berkaitan isu pendidikan akhlak dan sains yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia

    Penerapan akidah tauhid dalam kepimpinan pendidikan

    Get PDF
    This study aims to identify the principles of tauhid in the leadership practices of the principals of SMKA, (Malaysian National Religious School). This qualitative study uses interviews and observation as data collection instrument. Chosen by cluster sampling, respondents in this study were eight principals that represented the schools in western and northern zones of Peninsular Malaysia. The findings showed that these SMKA principals successfully inculcate the principles of tauhid in their leadership through various school activities involving the whole school community. It was also found that the school environment that was created through the teachings of Islam as a way of life has been able to improve the school pupils’ self-esteem and leadership

    Sains Teknologi Islam dalam Pembelajaran

    Get PDF
    Sains dan teknologi adalah suatu konteks yang berkait rapat dalam pembelajaran dan pengajaran asas kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun pelbagai cabang sains dan teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian, ianya berlandaskan ayat al-Quran dan sunnah. Terdapat beberapa prinsip sains dalam al-Quran. Antaranya ialah: istikhlaf, amanah dan tanggungjawab yang ditetapkan. Institusi pendidikan Islam masa kini banyak menerapkan konsep sains dan teknologi yang berasaskan al-Quran ke dalam sistem pembelajaran. Al-Quran dan sunnah merupakan pencetus terawal umat Islam agar dapat memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai aspek kehidupan (Fakhri, 2010). Ianya berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha menerokai pelbagai cabang keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabi’i dan sains berbentuk teknikal pada peringkat awal perkembangannya. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti kerana dapat menyaingi tamadun lain yang terdahulu. Keunikan sains Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik yang mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat mencari matlamat yang subjektif dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat sains Islam adalah mencari keredaan Allah SWT dan mengutamakan nilai islamik serta adil. Keunggulan sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka yang dinamik dan kreatif serta berintegriti tinggi

    Tamadun Barat dalam Sains Islam

    Get PDF
    Ilmu pengetahuan dalam sains dan teknologi pada zaman ini, mengalami penambahbaikan dan berubah dengan sangat cepat. Banyak kajian dan penyelidikan pada ketika ini dikuasai oleh Barat. Hasil tulisan ini membincangkan tentang sejarah, serta perkembangan sains yang bermula pada tamadun awal dunia melalui falsafah daripada tamadun Yunani, Rom, China, India, Mesir dan terus berkembang atas kajian dan pengumpulan ilmu ketika zaman kemasan tamadun Islam. Bagaimana perkembangan ini berlaku dan siapakah tokoh dan pemimpin yang sangat cintakan ilmu. Tulisan ini juga ingin mengupas bagaimana tamadun Barat menguasai keilmuan ketika zaman kegemilangan Islam dan terus menyumbang kepada kehidupan masyarakat dunia. Diharapkan kehadiran tulisan ini dapat menjadi rujukan bagi mengenal sejarah perkembangan ilmu, sejarah kegemilangan tamadun Islam dan penguasaan keilmuan yang menyeluruh pada tamadun Barat atau moden

    Tahap pencapaian hafazan murid Tahfiz Model Ulul Albab di negeri Johor

    Get PDF
    Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan salah satu kesinambungan daripada usaha kerajaan dalam memperkembang pendidikan tahfiz kepada murid sekolah menengah. Setelah enam tahun pelaksanaan program ini, terdapat beberapa permasalahan yang berbangkit antaranya tahap pencapaian hafazan murid kurang memuaskan. Sorotan lepas mendapati tidak semua murid yang mengikuti program ini dapat menghabiskan hafazan sebanyak 30 juzuk AlQuran dalam tempoh lima tahun pengajian seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, pengkaji ingin melihat tahap pencapaian hafazan murid TMUA sekolah menengah KPM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ke atas 829 orang murid TMUA sekolah menengah. Analisis skor min digunakan bagi melihat tahap pencapaian hafazan mereka. Hasil analisis menunjukkan tahap pencapaian hafazan murid berada di tahap sederhana tinggi dengan skor min 3.67. Hasil kajian juga mendapati terdapat tiga cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan TMUA iaitu cabaran dari sudut sistem, cabaran dari sudut guru dan cabaran dari sudut pelajar. Justeru, cabaran dan permasalahan yang ada perlu diatasi dan diperbaiki bersama bagi merealisasikan harapan negara. Pedagogi guru, teknik menghafaz yang diamalkan oleh murid serta perkara-perkara lain yang menyumbang kepada kejayaan murid dalam menghafaz perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi memastikan matlamat pelaksanaan TMUA tercapai dengan jayanya

    Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam

    Get PDF
    Media sosial merupakan suatu medium untuk berkomunikasi dan mengenali ramai orang serta menjadi platform untuk bertukar pendapat. Namun peranan tersebut semakin berubah apabila pengguna tidak menggunakan media sosial dengan baik dan beretika. Artikel ini membincangkan konsep dan pertumbuhan media sosial dalam dunia siber. Turut dibincangkan adalah penggunaan media sosial dari perspektif generasi muda, pengaruh dari aspek positif dan negatif dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu dibincangkan juga langkah-langkah yang perlu diambil kearah penggunaan media sosial yang baik dan sihat

    The Role of Indonesia in Creating Peace in Cambodia: 1979-1992

    Get PDF
    The 1979-1992 conflicts were a thorn in the flesh for the peace in the Indochina area, and the Southeast Asia area. Because Indonesia is part of the countries in Southeast Asia, it is reasonable if Indonesia contributes to creating peace in Cambodia. Therefore, this study tried to find out the beginning of the conflict in Cambodia, to know the role of Indonesia in realizing peace in Cambodia in 1979-1992, and to understand how the impact of Cambodia peace for Indonesia in particular and Southeast Asia in general. The conflict in Cambodia caused political uncertainty in Southeast Asia. Southeast Asia countries attempted either independently or within the framework of ASEAN to resolve the conflict. Indonesia’s extraordinary contribution assisted in the peace in Cambodia, both through ASEAN and the United Nations. Indonesia as the representative of ASEAN, has successfully held several important meetings as a solution to solving Cambodia's problems. Successive is Ho Chi Minh City Understanding (1987), and Jakarta Informal Meeting (JIM) I and II (1988-1989). In the United Nations Framework, the Indonesian Foreign Minister and the French Foreign Minister were appointed Chairman, at the 1989 Paris International Conference on Cambodia (PICC-Paris International Conference on Cambodia). On 23 October 1991 the PICC was re-organized and resulted in the Paris Agreement as the culmination of a joint success to end conflict in Cambodia. Key words: Cambodia, Indonesia, Peace, and Role

    Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam

    Get PDF
    Dalam zaman serba moden kini, teknologi komunikasi semakin berkembang pesat. Media sosial tidak dapat dipisahkan dengan pengguna internet dengan kewujudan Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain aplikasi baharu. Melalui media sosial, bukan sahaja dapat berkongsi pelbagai maklumat malah boleh bertukar pendapat dan menambah ilmu pengetahuan. Media sosial juga memberi manfaat besar kepada pendakwah untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Tujuan berdakwah adalah untuk mengingatkan semua bahawa hidup manusia di dunia ini hanyalah sementara dan yang berkuasa ke atas segala-galanya adalah Allah SWT. Tambahan pula, berdakwah amat penting dalam menyebarkan ajaran agama Islam, bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga kepada mereka yang masih mencari haluan hidup masing-masing. Dalam menyebarkan maklumat, perlulah dijaga adab menyampaikan sesuatu maklumat khususnya memastikan maklumat benar, fakta tepat, menjaga akhlak dalam penulisan, menasihati secara berhemah dan menjaga perasaan orang Islam dan juga bukan Islam

    Motivation awareness on lessons and learning Islamic education

    Get PDF
    Motivation is one of the important aspects in the development and excellence of students as well as giving a positive impact in academic achievement of students. Motivated students are students who are interested in learning and changing. Undoubtedly, teacher teaching practices are also one of the factors that motivate students. The main purpose of this paper is to identify the level of motivation of students following the teaching and learning of Islamic Education. This study was quantitative using a set of questionnaire involving 381 students as respondents. The results of the descriptive data show that the motivation of students is at moderate level with mean value of 3.66
    corecore